Pembangunan Minecraft Earth

Minecraft Earth menggunakan maklumat dari OpenStreetMap untuk maklumat peta dan dicipta menggunakan Microsoft Azure untuk ciri-ciri realiti berperantara. [4] Permainan ini percuma untuk dimain, dan menyokong telefon pintar Android dan iOS.[5][6]

Semasa Microsoft Build 2015, pasukan HoloLens Microsoft melancarkan sebuah versi Minecraft dalam realiti berperantara.[7] Pada 8 Mei 2019, sebuah treler diterbitkan yang menunjukkan sebuah Muddy Pig. [8] Minecraft Earth telah diumumkan ketika ulang tahun ke-10 Minecraft pada Mei 2019.[9] Microsoft membuat laman web untuk pemain mendaftar untuk beta tertutup yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2019, dan Microsoft berniat untuk menerbitkan permainan tersebut secara beransur-ansur.[4] Cara permainan multipemain dipamerkan di Apple Worldwide Developers Conference pada bulan Jun 2019. [10]

Rujukan

WikiPedia: Minecraft Earth http://help.minecraft.net/hc/en-us/articles/360033... https://www.androidheadlines.com/2019/10/minecraft... https://edition.cnn.com/2019/11/13/business/minecr... https://www.dualshockers.com/the-new-york-video-ga... https://www.engadget.com/2019/05/17/minecraft-eart... https://www.engadget.com/2019/08/30/android-minecr... https://www.pcworld.com/article/3396137/minecraft-... https://www.polygon.com/2019/5/17/18628326/minecra... https://sensortower.com/blog/minecraft-earth-first... https://techcrunch.com/2019/07/16/minecraft-earth-...